Maksud gugur

gugur dalam bahasa Inggeris: fall out

Maksud perkataan ini:

[gu.gur] | ݢوݢور

Definisi : 1 jatuh dr pohon (ttg buah, daun dsb); luruh: Buah durian sudah mula ~. 2 lahir sebelum masanya (ttg anak dlm kandungan dan anak tsb meninggal dunia). 3 mati (terkorban) dlm peperangan: Dlm pertempuran itu, seorang tentera kita telah ~. 4 hilang (ttg hak): Seseorang itu akan ~ keahliannya jika ia tidak menjelaskan yuran tiga bulan berturut-turut. ~ hati terpikat pd seseorang; jatuh cinta pd seseorang; jatuh hati. ~ talak menjadi bercerai kerana dilafazkan cerai (didapati sabit oleh kadi dsb). berguguran gugur dgn banyaknya: Daun kering ~. menggugurkan 1 menyebabkan gugur; menjatuhkan: Seekor kera sedang ~ buah jambu ke dlm sungai. 2 sengaja mengeluarkan anak dr kandungan sebelum cukup tempohnya (lalu anak tsb meninggal dunia). 3 tidak dibenarkan utk terus menyertai sesuatu pasukan (pertandingan dll): Pemain itu telah digugurkan drpd pasukannya kerana enggan mengikuti latihan. keguguran 1 melahirkan anak sebelum masanya dgn tidak sengaja dan anak tsb meninggal dunia. 2 mengalami kejadian gugur (daun, buah dsb): Pokok-pokok itu ~ daun. 3 hal gugur (terkorban, lucut keahlian dsb): ~nya sbg ahli persatuan itu merupakan satu kehilangan. pengguguran perihal atau perbuatan menggugurkan: ~ huruf p pd awal perkataan itu adalah mengikut peraturan yg ditetapkan. ~ hak atau tuntutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment