Maksud gumpal

gumpal dalam bahasa Inggeris: clump

Maksud perkataan ini:

[gum.pal] | ݢومڤل

Definisi : kumpulan benda (spt darah, tanah liat) yg merupakan ketul; segala yg berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka drpd se~ tanah liat yg dikeraskan. bergumpal 1 membeku atau mengeras lalu menjadi ketul (bkn darah dll); menjadi gumpal; berketul: Segala tanah yg ~ hendaklah dihancurkan terlebih dahulu. 2 ki saling memeluk hendak menjatuhkan lawan; bergelut. menggumpalkan membuat sesuatu menjadi bergumpal; mengepal dan merenyukkan (kertas dll). gumpalan sesuatu (tanah dsb) yg bergumpal. penggumpalan 1 proses menjadi bergumpal (mis darah): Bahan tsb berupaya menghalang ~ darah. 2 perihal atau perbuatan menggumpalkan. penggumpal bahan yg menyebabkan berlakunya penggumpalan: Vitamin K dikenali sbg agen ~ darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment