Maksud hadiah

hadiah dalam bahasa Inggeris: prize

Maksud perkataan ini:

[ha.diah] | هديه

Definisi : 1. pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll): terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya; 2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pe­menang yg pertama disediakan ~ sebuah piala perak; ~ ikhlas a) hadiah yg diberikan dgn ikhlas (tanpa mempunyai tujuan tertentu di se­baliknya; b) buku (tiket dsb) yg diberikan percuma kpd orang-orang tertentu; ~ kerja hadiah kpd kakitangan sesuatu syarikat (persekutuan) perniagaan dll; ~ lebaran Id wang pemberian kpd kakitangan pejabat atau syarikat pd hari raya puasa; ~ Nobel hadiah tahunan kerana hasil kajian atau sumbangan yg teristimewa dlm berbagai-bagai lapangan (spt ilmu fizik, perubatan, kesusasteraan, keamanan, dll); ~ penghargaan hadiah yg diterima oleh seseorang yg tidak berjaya memenangi hadiah utama: 10 buah cerpen tersebut telah memenangi ~ penghargaan; ~ penghibur Id = ~ sagu hati hadiah (ganjaran) kpd petanding yg tidak berjaya sepenuhnya; ~ siswa biasiswa; ~ utama hadiah berupa piala, wang, dll yg menjadi rebutan utk seseorang yg menjuarai sesuatu per­tandingan: tiga buah cerpen telah meme­nangi ~ utama dlm Sayembara Cerpen Remaja kali Ke-8; berhadiah 1. ada disediakan hadiah: per­tandingan ini diadakan dgn ~; 2. memberi­kan (menyumbangkan) hadiah: sesiapa yg suka ~ bolehlah berhubung dgn jawatan­kuasa; menghadiahi memberikan hadiah kpd: ~ setiap pekerja yg bersara sebuah cendera­mata; Yang Dipertuan ~ Yuzuki sehelai jubah berwarna merah tua; menghadiahkan memberikan sesuatu sbg hadiah, menganugerahkan: mereka ~ sebuah jam tangan kepadanya dlm majlis perpisah­an itu; dlm tahun 1903, Hadiah Nobel telah dihadiahkan kpd pasangan suami isteri Pierre Curie dan Marie Curie. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment

Ads Blocker Image Powered by Code Help Pro
Ad Block dikesan

Kami mengesan anda menggunakan extension untuk menghalang iklan. Sila menyokong website ini dengan memadamkan ads blocker. Dulu pernah cuba buat donation dan buang iklan, seringgit pun tak dapat...

Refresh
Powered By
CHP Adblock Detector Plugin | Codehelppro