Maksud hancur

hancur dalam bahasa Inggeris: destroyed

Maksud perkataan ini:

[han.cur] | هنچور

Definisi : 1 pecah menjadi kecil-kecil kerana dikunyah, ditumbuk dll; lumat; remuk: Batu sekeras itu akan ~ juga apabila dipalu dgn tukul besi. 2 menjadi cair atau larut (bkn garam, gula dll dlm air); melarut: Kacau air itu perlahan-lahan supaya gula di dlmnya ~. 3 ki menjadi rosak atau binasa sama sekali; tidak bersatu; bercerai-berai. ~ hati terlalu sedih. ~ lebur (luluh) rosak atau hancur sama sekali. menghancurkan 1 menjadikan hancur (dgn menumbuk dll); melumatkan: ~ makanan utk bayi. 2 menjadikan cair (bkn gula dll); melarutkan: ~ gula dlm air panas. 3 ki merosakkan; membinasakan. hancuran 1 pecahan yg kecil-kecil. 2 benda yg sudah cair; cairan; larutan. kehancuran keadaan hancur (rosak binasa; musnah dll): Negara itu hampir menemui ~ dlm peperangan. penghancuran perbuatan atau hal menghancurkan: ~ gula dpt dilakukan dgn mengacaunya dlm air panas. penghancur orang yg menghancurkan; alat utk menghancurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *