Maksud hanyut

hanyut dalam bahasa Inggeris: drift

Maksud perkataan ini:

[ha.nyut] | هاڽوت

Definisi : 1 dibawa mengalir oleh air, ombak dll: Perahunya ~ dibawa oleh air bah. 2 pergi membawa diri atau mengembara jauh-jauh. 3 ki terlalu asyik sehingga terlupa akan yg lain-lain; terbawa mengelamun: Dia ~ memikirkan masa depannya. berhanyut-hanyut terapung-apung dibawa air, ombak dll: Empat hari empat malam, perahunya ~ dibawa ombak. menghanyutkan 1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya. hanyutan sesuatu yg dihanyutkan. penghanyutan perbuatan atau hal menghanyutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *