Maksud harum

harum dalam bahasa Inggeris: fragrant

Maksud perkataan ini:

[ha.rum] | هاروم

Definisi : 1 sedap baunya; wangi: Bunga melati ~ baunya. 2 ki terkenal atau masyhur (kerana kegagahan, keberani­an, jasa dll): Beliau telah gugur di medan perang dgn nama yg ~. mengharum berbau harum; menjadi harum; mewangi: Nama sasterawan muda itu sedang ~. mengharumkan 1 menjadikan (berbau) harum; mewangikan: Minyak wangi itu dipakai utk ~ badan. 2 ki menyebabkan mendapat nama baik (ma­sy­hur, terkenal dll): Hang Tuah ialah salah seorang pahlawan Melayu yg telah ~ nama bangsa kita. harum-haruman sesuatu yg harum atau sedap baunya; bau-bauan yg wangi; wangi-wangian. keharuman 1 sifat atau keadaan harum; kewangian. 2 ki keadaan masyhur; kemasyhuran; kebaikan nama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *