Maksud hias

hias dalam bahasa Inggeris: ornamental

Maksud perkataan ini:

[hias] | هياس

Definisi : ; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya. penghias orang yg menghias. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *