Sertai channel Telegram Makna.online shopping lebih bermakna untuk lihat macam2 produk menarik dan kupon istimewa!
hitam dalam bahasa Inggeris: black
Maksud perkataan ini:
[hi.tam] | هيتم
Definisi : 1. warna spt warna arang, lwn putih; 2. ki dianggap tidak selamat kpd negara dsb: beberapa kawasan di Pahang masih dianggap sbg daerah ~; ~ berkilat warna hitam yg berkilat (agak berminyak); ~ birat orang yg kulitnya hitam lagi hodoh; ~ kerak dodol Kl hitam yg digemari orang, hitam manis; ~ kumbang = ~ jengat = ~ legam = ~ lengit = ~ lotong = ~ pekat sangat hitam, hitam benar; ~ (tampuk) manggis hitam spt kulit buah manggis; ~ manis warna hitam kemerah-merahan (yg disukai orang); ~ mata bahagian mata yg hitam; ~ putih a) pernyataan bertulis sbg bukti: kami ada bukti ~ putih yg membolehkan kami merobohkan rumah ini; sebarang perjanjian tidak akan sah kalau tidak ada ~ putih; b) berwarna hitam, putih dan kelabu sahaja (bkn gambar, televisyen dsb): gambar ~ putih itu menimbulkan kenangan yg beraneka; bagi mereka, pd waktu itu, jika memiliki televisyen ~ putih pun, sudah berasa spt orang kaya; c) ki nasib buruk atau baik yg dialami seseorang: ~ putih kehidupannya terletak pd dirinya sendiri; ~ usam hitam yg tidak berseri (kotor); dlm ~ putih = ~ di atas putih (perjanjian dll) dibuat bertulis; ~ bagai pantat belanga prb perihal keburukan tabiat seseorang; ~ dikatakan putih, putih dikatakan ~ prb tidak mengatakan yg sebenarnya (berdusta, berbohong); ~ gagak tiada siapa yg mencelupnya prb orang yg berlaku jahat dgn kemahuannya sendiri; ~-~ bendi, putih-putih sadah prb yg buruk lebih berharga drpd yg cantik; ~-~ gajah, putih-putih udang kepai prb meskipun cantik rupanya yg hina tetap hina dan yg mulia tetap mulia meskipun buruk rupanya; ~-~ gula Jawa prb sungguhpun hitam tetapi manis dipandang; ~-~ kereta api, putih-putih kapur sirih prb jangan disangka sesuatu yg buruk itu selamanya kurang harganya (malahan yg cantik itu ada kalanya kurang berharga); ~ mata itu takkan boleh bercerai dgn putihnya prb orang dlm percintaan tidak mudah dipisahkan; ~ tahan timpa, putih tahan sesah prb tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya; ~-~ tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang prb barang yg buruk tetapi berguna disimpan tetapi barang yg cantik tidak berguna dibuang; rambut sama ~ hati masing-masing = rambut sama ~ hati lain-lain prb tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya; menghitam 1. menjadi hitam: Leman masih memandang ketul keledek yg telah ~ kulitnya; 2. kelihatan hitam (kerana banyak orang berkumpul), menyemut: semut kelihatan ~ menghurung nasi itu; menghitamkan 1. menyebabkan jadi hitam: ia ~ lukisannya dgn dakwat Cina; asap pelita minyak tanah itu sering kali ~ lubang hidungnya; 2. memburuk-burukkan (pangkat, nama, dll), mencemar: perkara itu boleh ~ nama baik guru-guru agama; 3. Mn meninggalkan (negeri dll) dan tidak kembali lagi: dilulurnya air matanya, biarlah negeri Padang dihitamkan buat selama-lamanya; kehitaman hitam sekali; kehitam-hitaman agak hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Iklan #1:
😱😱 Sekali sarung je abes menyorok lelemak tu! Boleh la melaram kebaya dengan confident raya ni!
Mantap uols! Sarung-sarung terus Ramping...
Tak perlu nak kawal nafsu makan lagi dahhh
Ini yang BEST nya Girdle Eyma Wear :-
✅ Strechable
✅ Premium cotton
✅ Berkualiti (Anti-bau / getah elastik)
✅ Push up menaikkan booty dan melindungi uterus
✅ Selesa dan Tiada besi / Tulang
Grab PROMO Raya dekat sini ---->> https://pantasorder.com
Iklan #2:
Macam Tak Percaya! 😱 Hanya 1 Sachet Sehari Makin Bertenaga, Kulit Lebih Glowing & Mood Lebih Ceria Sepanjang Hari..
"Paling best lepas mnum Sofra ni, saya dh tak penat macam dlu dan asyik lapar je. Mood pun makin baik, sampai suami tegur lah skrg dh tk moody macam dlu."- Pn.Aisha, Kuala Lumpur
Hasil gabungan 10 superfood ni dapat bantu anda yang ada masalah ini :-
👉🏻 Badan lesu
👉🏻 Rambut gugur
👉🏻 Asyik lapar
👉🏻 Cepat penat bila buat kerja
👉🏻 Hilang fokus waktu buat aktiviti harian
Klik link di bawah sekarang.
Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah: