Maksud hutan

hutan dalam bahasa Inggeris: Forest

Maksud perkataan ini:

[hu.tan] | هوتن

Definisi : 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment