Maksud indeks

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

indeks dalam bahasa Inggeris: index

Maksud perkataan ini:

[in.déks] | اينديکس

Definisi : (indéks) 1. daftar kata penting menurut abjad berserta nombor halaman terdapatnya kata tersebut, biasanya diletakkan di bahagian akhir sesebuah buku; 2. senarai tajuk buku, nama pengarang dsb yg disusun secara sistematik pd kad di perpustakaan, faharasat, katalog; 3. (Eko) laporan secara statistik yg digunakan sbg petunjuk utk mengukur prestasi harga, jumlah atau perkembangan sesuatu kumpulan barang atau aset, atau keadaan ekonomi pd suatu masa atau tempoh masa tertentu: ~ kewangan; ~ emas; ~ emas (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd semua kaunter yg tersenarai di papan utama dan merupakan salah satu indeks yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ harga (Eko) penunjuk purata harga sekumpulan barang bagi satu tempoh berbanding dgn purata harga bagi barang yg sama pd satu tahun asas; ~ harga pengguna (Eko) indeks harga yg menggambarkan perubahan harga runcit barang pengguna yg menjadi penunjuk penting bagi sesebuah negara dan digunakan utk mengira kadar inflasi dan kos sara hidup; ~ industri (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd 30 syarikat yg disenaraikan bagi sektor industri sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ kewangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg tersenarai bagi sektor kewangan sahaja, termasuklah syarikat insurans di bank, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; ~ komposit (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat berkualiti tinggi dlm pelbagai sektor pasaran saham yg menggambarkan prestasi harga keseluruhan pasaran; ~ komposit BSKL (Eko) indeks pasaran yg terdiri drpd 100 kaunter drpd kesemua sektor saham yg diurusniagakan di BSKL; ~ kualiti udara (Geog) indeks bagi bahan cemar yg diperoleh secara arbitrari yg memberikan satu nombor utk menilai aras kualiti udara; ~ perladangan (Eko) indeks yg komponennya terdiri drpd syarikat yg disenaraikan bagi sektor perladangan sahaja, yg menggambarkan prestasi harga sektor ini; mengindeks memasukkan (menyenaraikan) sesuatu dlm bentuk indeks: nama yg diindeks di sini mengikut nama yg sering digunakan; pengindeksan perihal, proses atau perbuatan mengindeks: perpustakaan digital perlu meneruskan fungsi pembangunan koleksi, pengkatalogan dan ~, peminjaman, pengedaran, rujukan, selain perkongsian maklumat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Cara senang nak anak cepat belar membaca? Boleh tengok kelas membaca Minda Optima. Laju anak baca BM dan BI. Ada secara online dan secara fizikal.

Leave a Comment