Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:
insurans dalam bahasa Inggeris: insurance
Maksud perkataan ini:
[in.su.rans] | اينسورنس
Definisi : perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; masuk ~ dipertanggungkan dlm insurans, mengambil insurans; ~ kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); ~ nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; ~ nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia; berinsurans mempunyai insurans: setiap barang berharga di rumahnya ~; menginsuranskan melindungi seseorang atau sesuatu drpd risiko, kerugian, dsb dgn insurans: barang-barang itu sudah diinsuranskan drpd segala risiko; penginsurans (Eko) pihak dlm kontrak insurans yg bertanggungjawab membayar tuntutan, faedah atau memberi perkhidmatan mengikut syarat kontrak insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
3 sebab kenapa kita perlukan insurans
1. Di dunia yang penuh dengan ketidakpastian, insurans adalah satu-satunya cara untuk memastikan harta kita dan keluarga terlindungi.
2. Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, insurans akan membantu kita untuk memulangkan keadaan seperti semula ataupun memberikan pendapatan sampingan.
3. Mendapatkan insurans juga membolehkan kita untuk memberikan sumbangan kepada negara dan rakyat Malaysia.
Jenis-jenis insurans yang terdapat di Malaysia ialah:
1) Insurans Kenderaan
2) Insurans Perlindungan Bencana Alam
3) Insurans Perjalanan
4) Insurans Hayat
5) Insurans Pendidikan
6) Insurans Kebakaran dan Kemalangan
Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah: