Maksud isi

isi dalam bahasa Inggeris: fill in

Maksud perkataan ini:

[i.si] | ايسي

Definisi : 1. sesuatu yg termuat dlm sesuatu benda, kandungan: apakah ~ bakul itu?; berapa gelen ~ tong itu?; ~ surat; 2. inti sari, pati: dlm puisi ~ atau erti itu sama pentingnya dgn keindahan luar; ia cuba mengingat-ingat ~ bualan tadi; 3. bahagian (pd buah dll) yg bukan biji (yg dikandung oleh kulit): ~ durian ini tebal dan manis pula rasanya; ~ dada (hati, perut) perasaan atau fikiran; ~ kahwin mas kahwin (pemberian drpd bakal suami); ~ kampung (negeri dsb) penduduk kampung (negeri dsb); ~ perut a) kandungan dlm perut (badan manusia dll); b) segala yg tersimpan dlm hati (perasaan, fikiran, dsb); ~ rumah seluruh penghuni rumah; ~ lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita prb orang lain mendapat senangnya, kita mendapat susahnya; bagai ~ dgn kuku prb perihal persahabatan yg sangat karib; seisi seluruh isi; ~ negeri seluruh isi negeri; ~ rumah seluruh isi rumah; berisi 1. mempunyai isi, tidak kosong: bintit-bintit itu ~ nanah; padi tidak ~; 2. tidak kurus, gemuk: pemuda yg berbadan gempal ~; 3. = berisikan mengandungi, bermuat: baldi yg ~ air mandi; 4. mempunyai: aku hanya ~ dgn ilmu tanggapan pancaindera dan tanggapan akal; tidak ~ lagi, sudah tinggal kotaknya saja prb perihal orang yg dahulunya bagus tetapi kini tidak lagi; mengisi menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; ~ adat a) menjalankan segala peraturan adat; b) memenuhi (kewajiban dll): budaya tidak lagi ~ keperluan individu dan utk kebahagian individu; tanggungjawab mereka utk ~ Dasar Bahasa Kebangsaan; ~ jawatan menempatkan pegawai pd (atau melantik seseorang memegang) jawatan yg kosong; ~ kemerdekaan melaksanakan hak-hak yg telah diperoleh dgn kemerdekaan; ~ waktu melakukan sesuatu supaya jangan terbuang waktu; mengisikan memasukkan (menaruh, menempatkan) sesuatu ke dlm (sesuatu bekas dll): minyak itu diisikan ke dlm botol; guru memberikan latihan-latihan spt ~ perkataan pd tempat-tempat yg kosong; terisi sudah (sedia, telah) diisikan, terpenuh: bakulnya ~ dgn seekor ikan kurau dan sayur kangkung; pulanglah perempuan muda itu dgn hajat yg ~; isian 1. benda yg diisi(kan); 2. ruang yg boleh diisi(kan), muatan, kapasiti; surat ~ borang; perisian = ~ komputer program atau atur cara komputer yg dapat digunakan dgn sistem komputer tertentu: doktor lebih mudah menentukan rawatan dan pencegahan penyakit jantung dgn menggunakan ~ komputer yg direka khas; ~ bersepadu perisian yg menggabungkan pelbagai ciri yg biasanya wujud secara berasingan dlm satu perisian yg besar dan bersepadu; ~ kongsi perisian atau dokumen yg diedarkan oleh pembuat perisian untuk dikongsi bersama oleh pengguna komputer; pengisian perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; pengisi 1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment