Maksud jalar

jalar dalam bahasa Inggeris: jalar

Maksud perkataan ini:

[ja.lar] | جالر

Definisi : ; berjalaran 1 merayap-rayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, cacing dll): Saya sangat takut melihat ular yg ~ di Zoo Negara itu. 2 memanjang di atas tanah (bkn tumbuh-tumbuhan spt keledek, kangkung); melata: Pokok keledek saya hidup ~ di atas tanah. menjalar 1 berjalan merayap-rayap: Ulat itu ~ di atas bajunya. 2 tumbuh melata: Ada tumbuh-tumbuhan yg ~. 3 merebak atau berjangkit (bkn api, penyakit, pengaruh dll); menular: Api telah ~ ke kedai sebelah. menjalari 1 menjalar pd (bkn binatang atau tumbuh-tumbuhan): Pokok kacang itu ~ pagar rumahnya. 2 menjalar di (serata tempat); merebak; menulari (bkn api, penyakit dsb): Api telah ~ rumah-rumah yg berdekatan. menjalarkan 1 membuat (membiarkan) supaya menjalar: Ali ~ ulat itu di atas sehelai daun. 2 merebakkan; meluaskan: Ada pihak yg mencuba ~ pengaruhnya di kampung-kampung. penjalaran perbuatan (hal dsb) menjalar atau menjalarkan (pengaruh, tumbuh-tumbuhan dsb): ~ kebudayaan asing dlm masyarakat kita mestilah dicegah. penjalar ist tumbuh-tumbuhan yg tumbuh secara menjalar di atas permukaan tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *