Maksud jalin

jalin dalam bahasa Inggeris: plaited

Maksud perkataan ini:

[ja.lin] | جالين

Definisi : ; berjalin 1 dlm keadaan bersusun bersilang-silang (bkn rotan yg dianyam dsb); beranyam. 2 sudah disusun bersilang-silang; beranyam. 3 ki berhubungan antara satu dgn yg lain; berkaitan. menjalin 1 menyusun rotan dll supaya berjalin; menganyam: ~ bidai. 2 mengatur atau menyusun cerita; mengarang. 3 menjadikan ada; membina; mengeratkan: ~ persahabatan. memperjalinkan menjadikan berjalin atau bertalian (bkn cerita dsb); merangkaikan. terjalin 1 sudah dijalin; teranyam. 2 tersusun (bkn cerita). 3 telah wujud (bkn persahabatan dll). jalinan sesuatu yg dijalin (terjalin). perjalinan hal atau keadaan berjalin. penjalinan perbuatan (hal dsb) menjalin: ~ raga sebesar itu pun mengambil masa dua hari. penjalin tali atau rotan yg digunakan utk menjalin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *