Maksud jalur

jalur dalam bahasa Inggeris: path

Maksud perkataan ini:

[ja.lur] | جالور

Definisi : 1 garis panjang yg agak lebar dan lurus (pd kain dll); loreng yg lurus. 2 sesuatu yg panjang dan tidak lebar (ttg kain dsb): ~-~ kain itu dicantumkan utk membentuk reben yg panjang. 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garisan (batas, petak dll). 4 ist spektrum frekuensi di antara dua had frekuensi yg ditetapkan dlm sistem telekomunikasi. 5 jejak pd cakera, katrij, atau gelendong magnet yg telah ditentukan sbg tempat menyimpan data. ~ asas ist jalur frekuensi yg diduduki oleh suatu isyarat asal, sebelum isyarat tsb diproses. ~ hitam sj penyakit pd bahagian kulit torehan (pokok getah) yg disebabkan oleh kulat dan dpt dikenal dgn terbentuknya jalur-jalur yg berwarna hitam. ~ lebar ist jalur yg mempunyai julat frekuensi yg besar. berjalur 1 bergaris agak lebar dan agak panjang; berloreng lurus: Bajunya ~ hitam putih. 2 mempunyai ruang panjang di antara dua garisan (batas dll); dlm bentuk jalur: Pokok-pokok getah ditanam ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *