Maksud jenis

jenis dalam bahasa Inggeris: type

Maksud perkataan ini:

[je.nis] | جنيس

Definisi : 1. golongan benda (binatang, tumbuh-tumbuhan, dll) yg mempunyai sifat-sifat yg sama, bangsa: tikus dan arnab termasuk ~ binatang yg mengerip; 2. = ~ kelamin sifat kelamin (laki-laki atau perempuan): per­kataan-perkataan dlm bahasa Inggeris mempunyai perbezaan ~ kelamin; 3. bagai, macam: barang ini agak mahal harganya kerana drpd ~ yg baik; berbagai-bagai ~ = serba ~ bermacam-macam; 4. kasta, go­longan (dlm masyarakat dll): di Minang­kabau terdapat orang yg tiga ~, iaitu malim, hulubalang, dan menteri; berjenis bp elok (barang, perangai); berjenis-jenis bermacam-macam, berbagai-bagai; menjeniskan membahagi-bahagikan (meng­­golong-golongkan) menurut jenis; penjenisan perihal (perbuatan, kerja, dsb) menjeniskan, pembahagian kpd beberapa jenis: digambarkan dgn rajah pohon yg menunjukkan ~ struktur sintaksis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment