Maksud jernih

jernih dalam bahasa Inggeris: clear

Maksud perkataan ini:

[jer.nih] | جرنيه

Definisi : 1. boleh dilihat menerusinya (bkn air atau kaca), hening, bening, tidak keruh (bkn air): air yg ~; 2. manis dan berseri (bkn air muka), tidak muram: muka yg ~; 3. bersih drpd sebarang amalan salah, keburukan, niat jahat, dll; 4. tidak huru-hara (bkn sesuatu keadaan), aman: suasana politik yg ~; menjernihkan 1. menjadikan (menyebab­kan dll) jernih, mengheningkan, mem­beningkan: ~ air yg keruh; 2. menjadikan jernih (air muka): berita gembira itu ~ air mukanya; 3. menjadikan jernih (tidak huru-hara): ~ fikiran; ~ suasana menyebabkan suasana atau keadaan jadi tenang (tidak tegang dsb); kejernihan 1. perihal jernih, keheningan, kebeningan: ~ air sungai itu memberi satu rasa ketenangan pd jiwanya; 2. perihal jernih (air muka); 3. perihal jernih (hati dsb), ke­sucian, keikhlasan, kejujuran: ~ fikiran dan kedamaian hati; 4. perihal jernih (keadaan, suasana): orang itu mengancam ~ suasana rumah tangganya; penjernihan proses (tindakan dsb) men­jernih­kan: budaya warisan kita memerlukan ~ utk mengikis saki-baki tahyul dan khurafat; sistem ~ air asas diperkenalkan meng­guna­kan tiga penakung yg diisi besi, pasir dan arang utk membuang bahan arsenik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment