Maksud jiwa

jiwa dalam bahasa Inggeris: soul

Maksud perkataan ini:

[ji.wa] | جيوا

Definisi : 1 roh yg ada dlm tubuh manusia; nyawa: ~ melayang mati; membuang ~ membunuh diri. 2 seluruh kehidupan batin manusia; perasaan atau fikiran batin manusia: Cerpen itu menggambarkan ~ pengarangnya. ilmu ~ pengetahuan ttg batin manusia; ilmu psikologi; sakit ~ sakit batin atau gila. 3 orang yg dikasihi; buah hati; kekasih. berjiwa 1 mempunyai jiwa; bernyawa; hidup: Orang tua itu sudah tidak ~ lagi. 2 bersemangat: Anaknya yg pertama ~ pahlawan tetapi anak yg kedua ~ seni. ~ besar mempunyai cita-cita yg tinggi dan sentiasa bersikap terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ hamba mempunyai pegangan hidup yg sempit (sentiasa tunduk kpd sesuatu kuasa atau kehendak orang lain) sehingga tidak terbuka kpd ilmu atau kebenaran. ~ kecil a. mempunyai pegangan hidup yg sempit dan sentiasa berusaha mempertahankan segala pendapat dan tindakannya walaupun terbukti salah (dan memandang sepi terhadap pendapat orang lain walaupun benar). b. suka membesar-besarkan perkara yg remeh-temeh atau yg tidak penting. menjiwai memberi jiwa (semangat) kpd; menghidupkan: Hasan ~ watak penjahat yg diserahkan kpdnya. kejiwaan hal-hal mengenai jiwa; kerohanian; kebatinan. penjiwaan perbuatan atau hal menjiwai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *