Maksud jodoh

0 16

jodoh dalam bahasa Inggeris: mate

Maksud perkataan ini:

[jo.doh] | جودوه

Definisi : 1 pasangan hidup (lelaki atau perempuan): Kita mesti berhati-hati memilih ~, jika tidak, kita akan kecewa. 2 lawannya atau pasangannya: Mana ~ kasut ini? 3 sesuai; secocok: Harganya tidak ~ dgn kainnya. berjodoh berpasangan (dgn); berkahwin (dgn). menjodohkan mengusahakan supaya menjadi suami isteri; mengahwinkan: Pak Mat telah ~ anak perempuannya dgn doktor. perjodohan hal berjodoh (dgn); pertunangan; perkahwinan. penjodohan perbuatan atau hal menjodohkan. penjodoh pemadan; pasangan: ~ bilangan perkataan yg berpasangan dgn nama sesuatu benda utk menunjukkan bilangannya (spt helai utk kain, dan batang utk pokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave A Reply

Your email address will not be published.