Maksud kandung

0 51

kandung dalam bahasa Inggeris: biological

Maksud perkataan ini:

[kan.dung] | کاندوڠ

Definisi : 1 karung kecil tempat menyimpan wang (emas dll); kantung; pundi-pundi: Dia mengeluarkan wang dr ~nya. 2 pundi-pundi peranakan; rahim. mengandung 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. mengandungi menjadi sbg kandung kpd: Gelas ~ air. mengandungkan sedang mengandung (anak); membuntingkan; menghamilkan: Dia sihat semasa ~ anak sulungnya. terkandung sudah dikandung; terdapat di dlm sesuatu; termuat: Dia mencurahkan segala yg ~ dlm hatinya. kandungan 1 apa-apa yg termuat di dlm sesuatu; isi: ~ buku itu sangat baik. ~ hati apa-apa yg tersimpan (tersirat) dlm hati; isi hati. 2 anak atau bayi yg masih dlm rahim ibu. 3 kantung tempat anak dlm perut ibu; rahim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave A Reply

Your email address will not be published.