Maksud kapur

kapur dalam bahasa Inggeris: chalk

Maksud perkataan ini:

[ka.pur] | کاڤور

Definisi : 1 benda putih yg dibuat drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, utk mengecat rumah dll). 2 = ~ tulis (belanda) bahan yg dibuat drpd kapur 1 dan digunakan utk menulis di papan hitam. ~ barus benda yg keras baunya yg banyak digunakan dlm perubatan dll (diperoleh dr sj pokok atau dibuat secara kimia). ~ mati serbuk berhablur berwarna putih agak larut dlm air dan diperoleh drpd tindakan air ke atas kalsium oksida (digunakan dlm simen dan utk membuat garam kalsium). ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih. ~ tohor (mentah) pepejal putih yg agak larut dlm air yg diperoleh drpd pemanasan kalsium karbonat dlm tanur kapur (digunakan dlm pengilangan kertas dll). berkapur ada kapur di dlmnya: tanah ~ tanah yg ada kapur di dlmnya. mengapur 1 menyapu dgn kapur; memberi berkapur: ~ sirih. 2 memutihkan dgn kapur; menyapu dinding dll dgn kapur supaya menjadi putih: Masjid-masjid dan surau dicat dan dikapur. pekapuran 1 bekas atau tempat kapur. 2 tempat membakar kapur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *