Maksud karbon

karbon dalam bahasa Inggeris: carbon

Maksud perkataan ini:

[kar.bon] | کربون

Definisi : ist unsur bukan logam yg terdapat dlm semua sebatian organik. ~ dioksida gas tidak berwarna dan tidak berbau yg terhasil drpd pembakaran bahan yg mengandungi karbon, mis arang batu, atau terhasil drpd tindak balas asid terhadap karbonat. Gas ini keluar dr paru-paru ketika kita menghembuskan nafas. Gas ini digunakan dlm alat pemadam api, sbg bahan penyejuk beku dll. ~ monoksida gas beracun yg terhasil apabila karbon dibakar (terdapat dlm gas yg keluar dr ekzos enjin petrol). ~ tetraklorida ist cecair tidak berwarna, mudah meruap dan beracun, digunakan sbg pelarut, bahan campuran penyejuk beku dll. mengkarbonkan 1 menukarkan sesuatu menjadi karbon dgn cara pembakaran, pemanasan dsb. 2 menyalut sesuatu dgn karbon. pengkarbonan proses mengkarbonkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *