Maksud kembar

kembar dalam bahasa Inggeris: twins

Maksud perkataan ini:

[kem.bar] | کمبر

Definisi : 1 = anak ~ dua orang anak atau lebih yg dikandung dan dilahirkan bersama-sama: ~ tiga tiga orang anak yg dilahirkan pd masa yg lebih kurang sama oleh ibu yg sama. 2 rangkap: ~ empat rangkap empat. 3 berapit; berpasangan; bersaingan: senapang ~ senapang yg berlaras dua; tali ~ tiga tali yg dipintal drpd tiga lembar tali. 4 tidak berbeza dr segi rupa atau keadaannya (bkn manusia, binatang atau benda). ~ seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan satu ovum oleh satu sperma, dan zigot yg terbentuk menjalani proses mitosis (nukleusnya terbahagi dua). ~ Siam ist kembar yg bahagian tubuhnya bercantum antara satu sama lain, spt kepala dgn kepala, dan kadangkala berkongsi organ dalaman. ~ tak seiras ist kembar hasil drpd persenyawaan dua ovum oleh dua sperma yg berasingan dan membentuk dua embrio yg berbeza. berkembar 1 menjadi sepasang; berpasangan. 2 sama keadaannya (warnanya dsb); seragam. mengembari menjadi pasangan kpd; menyamai: Saya tidak layak ~ dia. mengembarkan menjadikan berpasangan. kembaran pasangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak tengok produk yang boleh tolong dapatkan kulit yang lebih flawless? Boleh tengok di channel Telegram My Skincare Guide ini.

Leave a Comment