Maksud kertas

kertas dalam bahasa Inggeris: paper

Maksud perkataan ini:

[ker.tas] | کرتس

Definisi : benda tipis yg dibuat drpd kayu dll dan digunakan sbg alat tulis dll. ~ bungkus kertas yg digunakan utk membungkus barang-barang. ~ emas kertas berwarna emas spt yg terdapat di dlm kotak pembungkus rokok. ~ empelas (las) kertas yg dilapisi serbuk kaca, pasir dll utk melicinkan kayu dll. ~ graf kertas yg berpetak-petak empat segi sama yg digunakan utk melukis graf atau rajah. ~ grid kertas yg bergaris-garis atau berpetak-petak empat segi sama utk melukis peta, carta, rajah dll. ~ kaca kertas yg dilapisi serbuk kaca utk melincinkan sesuatu. ~ karbon kertas nipis yg sebelah permukaannya disaluti bahan karbon dan digunakan utk membuat salinan tulisan atau taipan. ~ kerja makalah yg dibentangkan dlm sesuatu sidang (bengkel, seminar dsb) utk membahaskan sesuatu masalah. ~ lap kertas utk mengeringkan tulisan dakwat. ~ las basah kertas las yg kalis air dan digunakan apabila mengempelas cat, logam dsb. ~ las kering kertas las yg menggunakan glu haiwan utk mengikat butir-butir bahan (pasir, kaca dll) yg dilapiskan pdnya. ~ lilin kertas yg dilapisi selaput lilin supaya kalis air, biasanya digunakan utk membungkus makanan. ~ litmus kertas yg pdnya terdapat litmus dan digunakan utk menentukan sama ada sesuatu bahan itu asid atau bes. ~ lukis(an) kertas tempat membuat lukisan. ~ pasir kertas yg dilapisi serbuk pasir utk melicinkan sesuatu. ~ rokok kertas tipis utk menggulung rokok. ~ saring (turas) kertas utk menapis benda-benda yg cair. ~ surih kertas yg nipis dan licin utk menyalin peta dll. ~ tisu kertas yg tipis dan lembut yg digunakan utk mengelap tangan (muka dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment