Maksud kesan

Sertai channel Telegram Makna.online shopping lebih bermakna untuk lihat macam2 produk menarik dan kupon istimewa!

kesan dalam bahasa Inggeris: effect

Maksud perkataan ini:

[ke.san] | کسن

Definisi : 1. tanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas: banyak ~ tapak kaki orang di tepi pantai itu; kelihatan ~-~ pahat pd tiang seri rumah itu; terdapat ~-~ jari pd senjata yg digunakan itu; 2. sesuatu (sama ada kebaikan atau keburukan) yg timbul drpd sesuatu keja­dian (keadaan, perbuatan, tindakan, dll), kesudahan (hasil, akibat) drpd sesuatu, efek: kebersihan akan memberi ~ yg baik kpd perniagaan; penderitaan rakyat adalah ~ besar drpd peperangan yg belum tamat itu; 3. pengaruh (pd pemikiran, sikap, watak, dsb) yg timbul akibat drpd menyaksikan (men­dengar atau membaca) sesuatu, efek: ~nya terlalu buruk, manusia tidak mempunyai kepercayaan lagi terhadap diri sendiri; puisi dapat memberikan ~ yg mendalam kpd pembaca; ~ balas kegiatan (perbuatan dll) yg timbul kerana didorong oleh sesuatu perbuatan (peristiwa) lain, reaksi, tindak balas; ~ gelombang bekas (jejak) gelombang; ~-~ kilat kesan-kesan sepintas lalu; ~ sampingan kesan yg turut timbul selain drpd kesan utama yg dikehendaki atau yg telah dijangkakan; berkesan 1. meninggalkan (menunjukkan) kesan atau bekas, meninggalkan bekas (tanda), berbekas: beberapa kali ia disebat tetapi sedikit pun tidak ~ pd kulitnya; 2. menim­bulkan hasil (kesudahan dsb) yg diharapkan, membawa kpd sesuatu perubahan (perkembangan dsb), efektif: kerajaan akan meneruskan langkah dan tindakan yg ~ utk meninggikan taraf hidup rakyat; pasukan tentera telah melancarkan serangan yg ~ ke atas musuh; 3. mendatangkan sesuatu penga­ruh kpd pemikiran (sikap, watak, dsb) seseorang atau sesuatu golongan dll (spt mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau perasaan, dll), efektif: kata-kata Mawi pagi tadi masih ~ benar di hatinya; keberkesanan perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; mengesan 1. meninggalkan atau memberi kesan; 2. mencari-cari (mengikut) dgn berpandukan kesan (bekas, jejak), mengikuti sesuatu yg telah berlaku (dgn fikiran, ingatan, dll), mengekori: dlm gerakan ~ pasukan keselamatan telah menjumpai satu pasukan pengganas; 3. = mengesani menandakan peredaran (perjalanan) atau kedudukan se­suatu benda (pd kertas dll): ~ perjalanan kapal angkasa yg baru dilancarkan oleh Amerika Syarikat; peraduan ~ bola yg dianjurkan oleh akhbar itu mendapat sambutan baik drpd pembaca; mengesani mengesan sesuatu, menjejaki: dia sering ~ semula perkembangan hidupnya seterang-terang yg dapat diingatnya; mengesankan meninggalkan kesan (bekas, tanda, gores, dll): berus yg bergetar itu ~ garisan berkelok-kelok di atas kertas; memperkesankan menyebabkan berkesan; terkesan mendapat kesan (setelah memer­hatikan, mendengar, dll): jika berlaku tindakan sekatan minyak, negara-negara pengimport minyak tidak begitu ~; pengesanan perihal atau perbuatan mengesan; pengesan sesuatu (alat dll) utk mengesan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Iklan #1:

Macam Tak Percaya! 😱 Hanya 1 Sachet Sehari Makin Bertenaga, Kulit Lebih Glowing & Mood Lebih Ceria Sepanjang Hari..

"Paling best lepas mnum Sofra ni, saya dh tak penat macam dlu dan asyik lapar je. Mood pun makin baik, sampai suami tegur lah skrg dh tk moody macam dlu."- Pn.Aisha, Kuala Lumpur

Hasil gabungan 10 superfood ni dapat bantu anda yang ada masalah ini :-

👉🏻 Badan lesu

👉🏻 Rambut gugur

👉🏻 Asyik lapar

👉🏻 Cepat penat bila buat kerja

👉🏻 Hilang fokus waktu buat aktiviti harian

Klik link di bawah sekarang.

https://sofrabeauty.com/

Iklan #2:

😱😱 Sekali sarung je abes menyorok lelemak tu! Boleh la melaram kebaya dengan confident raya ni!

Mantap uols! Sarung-sarung terus Ramping...

Tak perlu nak kawal nafsu makan lagi dahhh

Ini yang BEST nya Girdle Eyma Wear :-

✅ Strechable

✅ Premium cotton

✅ Berkualiti (Anti-bau / getah elastik)

✅ Push up menaikkan booty dan melindungi uterus

✅ Selesa dan Tiada besi / Tulang

Grab PROMO Raya dekat sini ---->> https://pantasorder.com

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

Leave a Comment