Maksud kiri

kiri dalam bahasa Inggeris: left

Maksud perkataan ini:

[ki.ri] | کيري

Definisi : 1. lwn kanan; tangan ~ tangan kidal (lwn tangan kanan); ~ kanan a) kedua-dua sisi atau bahagian sesuatu (spt sungai, jalan, dll), kiri dan kanan: di ~ kanan lorong sempit itu, terdiri beberapa buah rumah; orang ~ kanan orang sebelah-menyebelah rumah, jiran; b) = kanan ~nya Jw lebih kurang, kira-kira; 2. cenderung menggunakan tangan kiri apabila membuat sesuatu, kidal; 3. ki kurang baik, malang (sial, celaka, dsb); langkah ~ tidak kena masanya atau tempatnya (perbuatan, tindakan, dll), sial (mendatangkan keburukan dll); 4. miring (cenderung) ke arah faham sosialis atau komunis (bkn pertubuhan atau pergerakan politik dll): parti ~; pihak ~; mengiri menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; mengirikan 1. mengundurkan (mengalih­kan, meletakkan, dll) ke sebelah kiri; 2. mengetepikan, membiarkan dahulu (kerana kurang mementingkan), mengesampingkan: perkara itu boleh dikirikan dahulu; 3. me­nyingkirkan atau membuang (drpd kumpulan dll): orang yg dikirikan drpd masyarakat; terkiri terletak ke sebelah kiri (ke kiri atau lebih ke kiri dr tempatnya yg sebenar atau yg sepatutnya), berada di sebelah kiri sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *