Categories
Perkataan

Maksud komputer

komputer dalam bahasa Inggeris: computer

Maksud perkataan ini:

[kom.pu.ter] | کومڤوتر

Definisi : alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *