Maksud kopi

kopi dalam bahasa Inggeris: coffee

Maksud perkataan ini:

[ko.pi] | کوڤي

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya yg digoreng dan dijadikan serbuk utk dibuat minuman), kahwa, Coffea spp.; ~ bubuk Id = serbuk ~ kopi yg berupa serbuk (sudah dihalus­kan); 2. = air ~ minuman drpd bancuhan kopi halus, gula dan air; ~ bujang hidangan air kopi sahaja (tidak disertai kuih-kuih); ~ espreso kopi pekat ala Itali yg disediakan dgn cara melalukan air mendidih atau wap pd biji kopi yg telah dikisar dan dihidangkan tanpa gula dan susu; ~ keras (pahit) air kopi yg pekat dan tidak bergula; ~ kosong = ~ O air kopi yg tidak bersusu; ~ O beng air kopi tidak bersusu yg dibubuhi ketul air batu; ~ segera kopi yg telah diproses dan tersedia utk dijadikan minuman dgn cepat; ~ susu air kopi bersusu; ~ tubruk Id bancuhan serbuk kopi dgn air panas sahaja; duit (wang) ~ upah (kerana pertolongan yg diberi); dapat ~ pahit (keras, tubruk) menerima teguran keras (drpd orang atasannya); mengopi bp minum kopi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *