Maksud kubu

kubu dalam bahasa Inggeris: fort

Maksud perkataan ini:

[ku.bu] | کوبو

Definisi : 1. sj pagar drpd kayu dan tanah utk menahan serbuan (serangan dll): murkalah ia lalu bertitah menyuruh kerahkan segala isi negeri cacakkan ~, aturkan meriam; 2. tempat pertahanan (yg diperkukuh dgn pagar atau benteng, kelengkapan alat senjata, dll), tempat pertahanan sementara (berupa ben­teng dll): Kampung Mersing Kanan benar-benar menjadi ~ Wan Derus; 3. tempat ygberpagar kuat utk menangkap gajah; berkubu 1. bertahan dlm kubu: tentera Islam ~ di bandar Madinah mempertahankan serangan orang-orang Quraisy; 2. ada kubunya, diperkukuh dgn kubu: barisan pertahanan yg ~; ~ gajah menangkap gajah dgn menghalaunya masuk ke dlm kubu; berkubukan menjadikan (menggunakan) sesuatu sbg kubu: jika kita ~ batang pisang alangkah baiknya; mengubui membuat kubu pd, memperkukuh (sesuatu) dgn kubu; terkubu terperangkap di dlm kubu (bkn gajah): barang maklum kiranya Shah Alam, kerana gajah sudahlah ~; perkubuan benteng-benteng utk pertahanan: pengawalnya memberitahu bahawa musuh telah sampai ke kawasan ~ mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *