Maksud lagi

lagi dalam bahasa Inggeris: again

Maksud perkataan ini:

[la.gi] | لاݢي

Definisi : 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *