Maksud lakon
lakon dalam bahasa Inggeris: play
Maksud perkataan ini:
[la.kon] | لاکون
Definisi : cerita dlm sandiwara (drama, filem dsb). berlakon 1 bermain atau berlagak spt dlm sandiwara (drama, filem dsb); mengambil bahagian dlm sandiwara dll: Dia ~ sbg ibu dlm drama itu. 2 berlagak atau berpura-pura menunjukkan kelakuan yg bukan tingkah lakunya yg sebenar: Janganlah ~ di depan saya kerana saya tahu siapa kamu. melakonkan 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. lakonan cara berlakon atau cara melakonkan sesuatu peranan dlm drama (sandiwara dll): ~nya dlm filem itu memuaskan. pelakon orang yg berlakon dlm drama (sandiwara, filem dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.