Maksud laksana

laksana dalam bahasa Inggeris: exercise

Maksud perkataan ini:

[la/.sa.na] | لقسان

Definisi : sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *