Maksud lalai

0 32

lalai dalam bahasa Inggeris: default

Maksud perkataan ini:

[la.lai] | لالاي

Definisi : 1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave A Reply

Your email address will not be published.