Maksud lama

lama dalam bahasa Inggeris: old

Maksud perkataan ini:

[la.ma] | لاما

Definisi : 1 panjang masanya; lw sekejap: Anaknya sudah ~ pergi ke luar negara. 2 panjangnya waktu: Tiga jam ~nya ia menunggu di situ. 3 telah ada sejak dahulu: lw baru (moden); kuno: Ia sedang mempelajari kesusasteraan Melayu ~. 4 tua (tidak baru): Baju ini sudah ~. lama-lama 1 akhirnya; kesudahannya: Kalau kita beransur-ansur membuat kerja, ~ selesai juga. 2 dgn lama: Dia merenung muka adiknya ~. berlama-lama berbuat sesuatu dgn lama: Jangan ~ bersiap, nanti ketinggalan bas. melamakan memanjangkan masa; sengaja membuat lama-lama: Dia sengaja ~ masa membuat kerja itu kerana ia malas. memperlama menjadikan lebih lama (ttg sesuatu tempoh). lama-kelamaan akhir-akhirnya; lambat laun: ~, mereka pun sampailah di tempat yg dituju. selama sepanjang masa yg tertentu: Dia pergi berkursus ~ tiga bulan. selama-lamanya 1 tidak berkesudahan; kekal: Ia akan bertapa di gua itu ~. 2 paling lama: Ia akan tinggal di sana ~ dua tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *