Categories
Perkataan

Maksud lambat

lambat dalam bahasa Inggeris: slow

Maksud perkataan ini:

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *