Maksud lapang

lapang dalam bahasa Inggeris: roomy

Maksud perkataan ini:

[la.pang] | لاڤڠ

Definisi : 1 tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2 tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *