Maksud lari

0

lari dalam bahasa Inggeris: run away

Maksud perkataan ini:

[la.ri] | لاري

Definisi : 1 pergi utk melepaskan diri (drpd bahaya, tahanan, sekatan dsb): Mereka terkejut lalu ~ menyorok ke dlm belukar. Dia ~ dr penjara subuh-subuh tadi. 2 pergi meninggalkan pekerjaan atau kewajipan: Budak itu selalu ~ dr sekolah. 3 kadar kelajuan sesuatu yg bergerak: Kencang sungguh ~nya kereta baru itu. berlari bergerak dgn langkah yg pantas (lebih cepat drpd berjalan): Dapatkah kamu mengejar kuda yg ~? ~(-lari) anak berlari dgn tidak berapa pantas. ~(-lari) anjing berlari dgn langkah yg pendek. berlarian berkejar dan berlari dgn tidak tentu hala; dlm keadaan berlari-lari: Orang ramai telah gempar lalu ~ ke sana ke mari. melarikan 1 membawa lari: Perompak itu sempat ~ tas tangan seorang gadis. Mereka telah ~ kereta-kereta yg dicuri itu ke sebuah negara tetangga. 2 membawa atau memandu (kereta dsb) laju-laju: Dia ditahan kerana ~ keretanya melebihi had laju yg dibenarkan. 3 melepaskan sesuatu (drpd bahaya, sekatan, cukai dsb): Dia didapati bersalah kerana ~ cukai. 4 mengalih (pandangan dll): Ani ~ pandangannya ke jalan raya di hadapan rumahnya. ~ diri melepaskan diri drpd (bahaya, tahanan dll). ~ nyawa menyelamatkan diri drpd bahaya maut. memperlarikan menyebabkan (kuda dsb) berlari. larian 1 balapan tempat berlari: ~ kuda tempat perlumbaan kuda. 2 gerakan berlari: ~ yg pd mulanya laju sekali itu perlahan-lahan terhenti. 3 (kiraan) mata dlm permainan kriket. pelarian 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. pelari 1 orang yg berlari (dlm sukan dll). 2 orang yg lari. 3 orang yg melarikan cukai dsb. selari sama hala (bkn garisan, banjaran dll); sejajar: Garisan-garisan itu kelihatan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.