Maksud laut

0 50

laut dalam bahasa Inggeris: sea

Maksud perkataan ini:

[laut] | لاءوت

Definisi : 1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.