Maksud lelong

0 38

lelong dalam bahasa Inggeris: auction

Maksud perkataan ini:

[lé.long] | ليلوڠ

Definisi : (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli­-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas­-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. men­jual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. mem­borong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekira­nya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave A Reply

Your email address will not be published.