Maksud lembu

lembu dalam bahasa Inggeris: cattle

Maksud perkataan ini:

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Eh ada offer menarik di Shopee hari ini! Boleh pergi tengok sekarang! :)

Leave a Comment