Maksud lepas

lepas dalam bahasa Inggeris: last

Maksud perkataan ini:

[le.pas] | لڤس

Definisi : 1 bebas drpd ikatan atau dr tahanan; tidak bersangkut paut atau tidak bertalian lagi: Bagaimanapun ia meronta, tidak juga ~. 2 sudah terjadi atau sudah berlaku: Bahaya yg besar sudah ~. 3 sesudah selesai; sehabis: ~ menggosok gigi dan mandi, barulah dia minum. ~ diri tidak mahu melibatkan diri atau tidak mahu bertanggungjawab dlm sesuatu hal. ~ laku bebas melakukan sesuatu (biasanya tingkah laku yg tidak baik) tanpa segan-segan. ~ pantang sesudah waktu berpantang. ~ sekolah sesudah bersekolah. ~ tangan a. tidak berpegang pd apa-apa (pd kemudi, pd selusur dsb). b. tidak masuk campur atau tidak bertanggungjawab dlm sesuatu hal. berlepas 1 tidak terikat atau tidak tertambat lagi (bkn binatang). 2 pergi atau berangkat ke sesuatu tempat: Emaknya sudah ~ ke Mekah dgn kapal terbang. melepas kecewa kerana tidak tercapai apa-apa yg dicita-citakan; hampa. melepasi 1 menebus atau menunaikan (niat, janji dsb); membayar (hutang dsb). 2 lepas drpd sesuatu (palang, pagar dsb): Dia berjaya ~ palang yg tinggi itu. melepaskan 1 membebaskan dr tahanan (kurungan, ikatan dsb); membiarkan lepas: Polis telah ~ orang itu dr tahanan. 2 menghilangkan (penat lelah, rindu dendam dll): Ia memeluk dan mencium anaknya utk ~ rindunya. 3 mengizinkan pergi atau berangkat; membenarkan: Ia enggan ~ anaknya ke London seorang diri. 4 mengeluarkan atau melahirkan (perasaan marah dsb): Dia ~ kemarahannya kpd kawan-kawannya. 5 menceraikan atau menyingkirkan seseorang: Ahmad telah ~ isterinya yg tidak setia itu. ~ dendam membalas dendam. ~ diri membebaskan diri. ~ jiwa (nyawa) menyelamatkan diri drpd bahaya maut. ~ lelah merehatkan diri. ~ tumbukan menumbuk; meninju. terlepas telah lepas atau dilepaskan; bebas: Joran kailnya ~ dan terus tenggelam. lepasan orang yg telah tamat dr sesuatu pusat pengajian (universiti, maktab dll): Tujuan latihan itu adalah utk menyediakan belia ~ sekolah dgn berbagai-bagai kemahiran. kelepasan 1 keadaan lepas (bebas); kebebasan. 2 waktu rehat atau hari cuti: Hari Ahad ialah hari ~ am. perlepasan hal berlepas. pelepasan 1 perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan drpd sesuatu (cukai dll): ~ cukai pendapatan. 2 dubur. pelepas 1 orang yg melepaskan peserta-peserta dlm perlumbaan. 2 alat yg digunakan utk melepaskan sesuatu: ~ picu. selepas setelah selesai; sesudah: ~ mandi-manda di sungai itu, kami pun membuka bekalan lalu makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Makna.online perlu bantuan anda. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Join Telegram Makna.online hari ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *