Maksud licin

0 67

licin dalam bahasa Inggeris: smooth

Maksud perkataan ini:

[li.cin] | ليچين

Definisi : 1 sama rata atau tidak menggerutu permukaannya: Mukanya ~ spt telur dikupas. 2 dpt menggelincirkan (kerana berlendir atau berminyak): Dia terjatuh di bilik air kerana lantainya ~. 3 tidak ditumbuhi apa-apa (spt kepala yg botak). 4 habis sama sekali; tidak bersisa sedikit pun: Wangnya ~ dicuri orang. 5 pandai melepaskan diri (drpd sesuatu kesalahan); pandai memutarbelitkan perkataan orang; pandai menipu. 6 lancar (bkn perjalanan dll); tidak tergendala: Perusahaan membuat kain itu berjalan dgn ~. ~ licau sangat licin; licin sekali. melicinkan 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. kelicinan 1 keadaan licin atau keadaan tidak menggerutu. 2 kepandaian menipu atau melepaskan diri drpd sesuatu: ~ perompak-perompak menyembunyikan diri telah menyukarkan pihak polis. 3 hal berjalan dgn lancar (ttg sesuatu jabatan, pertubuhan dsb); kelancaran. pelicinan perbuatan atau hal melicinkan. pelicin benda (minyak dll) yg digunakan utk melicinkan perjalanan jentera dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.