Maksud lidah

0 30

lidah dalam bahasa Inggeris: tongue

Maksud perkataan ini:

[li.dah] | ليده

Definisi : 1 organ yg lembut di dlm mulut yg digunakan utk merasa (menjilat atau berkata-kata). 2 cara bertutur atau cara melafazkan kata-kata; tutur kata: fasih ~nya. 3 bahagian benda yg menyerupai lidah 1: ~ kasut. ~ air hujung aliran air (banjir dsb) yg mula-mula datang. ~ bercabang (biawak) tidak dpt dipercayai percakapannya; tidak tetap percakapannya (tidak menepati janji). ~ keras sukar menuturkan atau menyebut perkataan dgn betul. ~ lembut dpt atau mudah menyebut perkataan dgn betul. ~ manis baik tutur katanya. ~ ombak bahagian hujung ombak (yg di depan sekali). ~ pendeta kata-kata hikmat drpd orang yg bijaksana (di dlmnya terdapat pengertian yg tinggi dan berguna utk panduan hidup). ~ pengarang rencana pengarang. lidah-lidah sesuatu yg menyerupai lidah. berlidah mempunyai lidah. ~ dua ki tidak tetap pendiriannya atau perkataannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.