Maksud lompat

lompat dalam bahasa Inggeris: jump

Maksud perkataan ini:

[lom.pat] | لومڤت

Definisi : ; ~ galah (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn menggunakan galah. ~ jauh (dlm olahraga) gerakan meloncat utk mencapai jarak yg terjauh. ~ katak a. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat di belakang seseorang yg sedang membongkok. b. sj permainan kanak-kanak, iaitu meloncat-loncat spt katak. ~ kijang (dlm olahraga) gerakan meloncat dgn sebelah kaki, melangkah dan kemudian meloncat kembali. ~ tinggi (dlm olahraga) gerakan meloncat utk melampaui paras yg dpt diubah-ubah tingginya. melompat bergerak dgn mengangkat kedua-dua kaki atau kesemua kaki serentak; meloncat: Dia terkejut melihat ular di kakinya lalu ~. ~ darjah naik ke darjah yg lebih tinggi drpd yg sepatutnya (spt dr dajah dua ke darjah empat) kerana mendapat markah yg amat baik dlm peperiksaan. melompati melompat di atas atau melampaui sesuatu; meloncati. terlompat 1 tidak sengaja (serta-merta) melompat; terloncat: Aminah ~ kerana terperanjat melihat sesuatu di kakinya. 2 terkeluar (perkataan dll): Dgn tidak disedarinya perkataan itu ~ dr bibirnya. lompatan 1 hasil perbuatan melompat; jarak atau tinggi melompat; loncatan: ~nya setinggi 2 meter. 2 tempat melompat; sesuatu yg dilompati. 3 perbuatan atau cara melompat. pelompat orang yg melompat atau melompati sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

Iklan 1: Cuba tengok sama ada tool ini boleh tolong anda buat iklan yang ramai orang membeli atau tidak.

Iklan 2: Nak belajar baca Al-Quran dengan cepat? Cuba tengok CepatQuran.net. Apps untuk belajar Al-Quran yang paling mudah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *