Maksud luas

luas dalam bahasa Inggeris: wide

Maksud perkataan ini:

[luas] | لواس

Definisi : 1 tidak sempit; lapang: Kawasan di sekeliling rumahnya sangat ~. 2 besarnya sesuatu permukaan atau kawasan: Kawasan itu ~nya 10,000 meter persegi. 3 tidak sempit (bkn pengetahuan, pemandangan dll): Ilmu pengetahuannya ~. meluas menjadi luas; bertambah luas; merebak: Penggunaan bahasa Melayu telah mula ~. meluaskan menjadikan luas (ttg kawasan, ilmu dsb); membesarkan: ~ kawasan; ~ ilmu pengetahuan. memperluas menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. keluasan 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. perluasan hasil drpd usaha memperluas: ~ kawasan jajahan Inggeris turut memperluas penggunaan bahasanya. peluasan perbuatan (usaha dsb) meluaskan: Perkembangan ini berhubung rapat dgn ~ jajahan oleh kesultanan Melaka. pemerluasan perihal (perbuatan dsb) memperluas: Sistem perhubungan dan pengangkutan mestilah selaras dgn proses ~ wilayahnya. peluas 1 orang yg meluaskan. 2 alat yg digunakan utk meluaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *