Categories
Perkataan

Maksud lucut

lucut dalam bahasa Inggeris: lucut

Maksud perkataan ini:

[lu.cut] | لوچوت

Definisi : ; melucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll. melucuti 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya, perhiasannya dsb (oleh orang lain); menanggali: Pesakit itu telah dilucuti pakaian yg ada pd tubuhnya dan diganti dgn pakaian yg bersih. 2 menyebabkan seseorang diambil atau dirampas senjatanya dll: Pemberontak-pemberontak yg ditawan itu telah dilucuti senjatanya. 3 menyebabkan seseorang ditarik kembali kuasanya (pangkatnya dll). melucutkan 1 menanggalkan (pakaian, perhiasan dll); melepaskan (tali, ikatan dll): Ahmad ~ pakaiannya sebelum terjun ke dlm sungai. 2 menarik balik (pangkat, kuasa dll); menghentikan: ~ jawatan menghentikan seseorang drpd sesuatu jawatan; ~ kerakyatan menarik balik kerakyatan. terlucut terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. pelucutan perbuatan melucuti atau melucutkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *