Maksud main

Sertai channel Telegram Makna.online shopping lebih bermakna untuk lihat macam2 produk menarik dan kupon istimewa!

main dalam bahasa Inggeris: play

Maksud perkataan ini:

[main] | ماءين

Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang­senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyu­kakan atau menyenangkan hati (dgn meng­gunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp me­lakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak ber­sungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh sau-daraku ~ si Tuah dgn seterusnya; ~ angin selalu berubah (berputar belit) per­cakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat se­suatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berse­ronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (men­jelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ pe-rempuan bermukah dgn perempuan; ~ re-butan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) me­nyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) me­ngenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat; bermain 1. melakukan sesuatu utk berse­nang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~, bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan meng­ganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya; ~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan meng­gunakan ketangkasan tangan; ~ tangan pan-jang memegang-megang (meraba-raba) pe­rempuan; ~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya; bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh­sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja; memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; mempermainkan, memain-mainkan 1. bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memper­lakukan utk bersenang-senang (mencari un­tung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, me­nyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka ba-nyaklah tingkah lakunya yg jenaka di-permainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam; mainan, main-mainan 1. benda yg diguna­kan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anak-nya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg ke­lihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~;3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajar-lah dibantu dgn ilmu; permain sl teman bermain, orang yg me­nyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama; permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan ber­main (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadi­kan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (me­makai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah; sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil; pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Nak cari makna perkataan? Guna ruangan bawah:

Iklan #1:

Macam Tak Percaya! 😱 Hanya 1 Sachet Sehari Makin Bertenaga, Kulit Lebih Glowing & Mood Lebih Ceria Sepanjang Hari..

"Paling best lepas mnum Sofra ni, saya dh tak penat macam dlu dan asyik lapar je. Mood pun makin baik, sampai suami tegur lah skrg dh tk moody macam dlu."- Pn.Aisha, Kuala Lumpur

Hasil gabungan 10 superfood ni dapat bantu anda yang ada masalah ini :-

👉🏻 Badan lesu

👉🏻 Rambut gugur

👉🏻 Asyik lapar

👉🏻 Cepat penat bila buat kerja

👉🏻 Hilang fokus waktu buat aktiviti harian

Klik link di bawah sekarang.

https://sofrabeauty.com/

Iklan #2:

😱😱 Sekali sarung je abes menyorok lelemak tu! Boleh la melaram kebaya dengan confident raya ni!

Mantap uols! Sarung-sarung terus Ramping...

Tak perlu nak kawal nafsu makan lagi dahhh

Ini yang BEST nya Girdle Eyma Wear :-

✅ Strechable

✅ Premium cotton

✅ Berkualiti (Anti-bau / getah elastik)

✅ Push up menaikkan booty dan melindungi uterus

✅ Selesa dan Tiada besi / Tulang

Grab PROMO Raya dekat sini ---->> https://pantasorder.com

Iklan #3:

BIAR BETUL! BELI 6 DAPAT 13!

Panties Viral Ni Sekali Sarung Je Rasa Fit-fit Tak Ketat dan 99% Selesa!

======================

"Best pakai panties ni, kain lembut dan selesa..Lagi pula kain jenis memeri, sejuk je bila pakai" Cikgu Faridah, 36, Klang

======================

✅ 100% kain cotton

✅ Import daripada luar negara

✅ Kain sejuk & memeri

✅ Tak bergulung bila dipakai

✅ Benang tak mudah tercabut bila basuh

✅ Tutup perut

✅ 4 Warna pilihan menarik (sesuai pakai setiap hari)

✅ Free size (40-80KG)

Rebut Promosi Sekarang! Terus Dari Kilang :

🔥🔥🔥 Beli 6 Percuma 7 🔥

🔥 🔥 Beli 8 Percuma 12 🔥🔥

🔥 Beli 10 Percuma 20 🔥🔥🔥

Cepat tekan --- >> https://mywomensecret.com

Leave a Comment