Maksud manipulasi

0 231

manipulasi dalam bahasa Inggeris: manipulation

Maksud perkataan ini:

[ma.ni.pu.lasi] | مانيڤولاسي

Definisi : 1 perbuatan menggunakan sesuatu alat atau mengerjakan sesuatu menggunakan tangan dgn cekap. 2 segala tindakan dan selok-belok utk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 3 sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga turut mendatangkan keuntungan kpd pengusaha kecil. memanipulasikan 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. pemanipulasian perbuatan atau hal memanipulasikan: Mereka berjaya mencegah ~ oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pemanipulasi orang, pihak dsb yg memanipulasikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Nak cari makna perkataan lain? Gunakan ruangan di bawah.

---

Biar Makna.online wujud tanpa iklan

Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.

---

Leave A Reply

Your email address will not be published.