Maksud masin
masin dalam bahasa Inggeris: salty
Maksud perkataan ini:
[ma.sin] | ماسين
Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
---
Biar Makna.online wujud tanpa iklan
Tolong Makna wujud tanpa sebarang iklan. Jika setiap pelawat Makna menderma RM1, laman web ini boleh hidup tanpa sebarang iklan. Klik sini untuk baca butirannya.
---