Maksud memutar

0 2

memutar dalam bahasa Inggeris: rotate

Maksud perkataan ini:

[me.mu.tar] | مموتر

Definisi : 1. menjadikan berputar, memusing­(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. mem­belit-belitkan (perkataan dll), membolak­balikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mem­pertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belit­kan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Leave A Reply

Your email address will not be published.